*PERKONGSIAN BERSAMA YG AMAT MENYENTUH HATI BAGI YANG BERUMUR HAMPIR KE 60 TAHUN!*ðŸ˜
*Assalamualaikum*
Firman Allah swt: *”Bukankah Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat bgi sesiapa yg mahu beringat”* *(Fathir 37)
Dapat difahamkn maksud ayat ini “..Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat..” dari sabda Nabi saw: *”Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yg dipanjangkn ajal sehingga umur 60 tahun”* *(Bukhari)*
Ibn Abbas menafsirkn ayat yg tersebut yg bertepatan dgn hadits ini: *”Umur yg Allah tidak lgi menerima alasan bgi anak Adam dlm firmanNya ini ialah 60 tahun”*
Al-khattabi berkata: *”Maknanya orang yg Allah panjangkn umur sehingga 60 tahun,tidak diterima lagi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 60 tahun merupakan umur yg dekat dgn kematian,umur kembali bertaubat,khusyuk dn bersiap2 bertemu Allah”* *(Tafsir al-Qurthubi)*
Bagaimana manusia berumur 60 tahun masih lalai? Nabi saw mengkhabarkn: *”Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan2″* *(Bukhari)*
Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yg telah mencapai umur 60 tahun Maka nasihat Fudhail kepadanya: *”Bermakna sudah 60 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu,sekarang hampir sampai…Buat yg terbaik dlm umur berbaki,lalu akn diampunkn dosa umur yg lalu Tetapi jika buat tidak elok pada umur yg berbaki,kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yg berbaki sekali gus!”*
Maka para ahli ilmu menasihati bagaimana menjalani umur dah mencecah 60 tahun:
*#Jangan banyak bergurau dan terjebak dlm perkara yg tidak ada manfaat utk akhirat*
*#Jangan melampau dalam wax berhias,bersolek dan berpakaian*
*#Jangan berkawan degan orang yg tidak menambah iman,ilmu dan amal*
*#Jangan banyak berjalan dan melancong kesana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat*
*#Jangan masih runsing,berkeluh kesah dn kesal akan soal hidup seharian*
*#Banyakkan berdoa mengharapkn keridhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su’ul khatimah*
*#Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang*
*#Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya*
*#Siapkan wasiat dan rancang pembahgian harta*
*#Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini*
*#Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yg pernah dizalimi*
*#Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yg boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati*
*#Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*
*#Bereskan segala hutang yg sedia ada dn jgn buat hutang yg baru walaupun utk menolong orang lain*
Semoga bermanfaat utk semua walaupun anda belum lagi 60 tahun dan telah 60an…renung renungkan…termasuk diriku……ini….

