https://selayangpandang.net/peguam-kongsi-3-langkah-perlu-buat-jika-pasport-hilang-di-luar-negara/

P. Ramlee vs DSN. Alhamdullilah
https://www.facebook.com/share/p/oYZTqKZLw2pR3h9e/?mibextid=xfxF2i
MEMBUNUH KAREKTOR NAJIB TIDAK MENJADIKAN ANDA NAJIB!
Teringat aku pada kisah bagaimana musuh-musuh Allahyarham seniman agung Tan Sri P Ramlee yang tidak menyenangi Allahyarham.
Mereka mencemburui P Ramlee atas kemashyurannya mengangkat industri perfileman Melayu di ketika itu. Mana tidaknya, hampir setiap filem di bawah arahan P Ramlee begitu mendapat tempat di hati penonton.
Bukan setakat itu, kebanyakan filem-filemnya memenangi pelbagai award di peringkat Asia. P. Ramlee bukan sahaja disanjung rakyat, beliau juga dikagumi oleh para peminat seni dan para penggiat perfileman di luar negara.
Ada ‘rakan-rakan’ seperjuangannya tidak senang dengan situasi itu. Lantas mereka mencipta pelbagai persepsi buruk terhadap P Ramlee. Kononnya P Ramlee sudah tidak relevan lagi dalam dunia seni. Kononnya hasil karya P Ramlee sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Konon lagu-lagu ciptaannya sudah tidak mendapat tempat di hati pendengarnya.
Ya, di penghujung karier P Ramlee, beliau dipinggirkan oleh para pengusaha filem kerana percayakan pada hasutan dan fitnah mereka yang cemburu dengan hasil karya P Ramlee.
Anda tahu apa yang berlaku selepas itu? Setelah P Ramlee disisihkan, industri perfileman kita menjadi malap. Tiada lagi filem-filem kita memenangi anugerah-anugerah hebat di peringkat antarabangsa. Tiada lagi individu seni seagung seniman negara ini.
Belum lagi kita nampak seniman yang serba boleh seumpama P Ramlee yang mampu mengarah filem, berlakon pelbagai watak (hero, jahat, komedi), mencipta lagu, memimpin orkestra, menyanyi, menulis skrip, menulis lirik dan berbagai lagi.
Setelah lebih 50 tahun P Ramlee meninggal dunia, kita masih tidak mampu melahirkan seorang lagi ‘P Ramlee’. Maksudnya pembunuhan karektor P Ramlee dalam dunia seni tidak membuatkan mereka menjadi P Ramlee.
Begitu juga dengan apa yang berlaku sekarang. Begitu ramai pemimpin politik yang mencemburui Dato Seri Najib Razak. Fitnah, persepsi buruk, pelbagai pertuduhan dan pemenjaraan diperlakukan terhadap Najib. Semuanya semata-mata mahu membunuh karektor Najib dalam arena politik.
Percayalah, seratus tahun lagi pun belum mampu kita mendapat kembali seorang Perdana Menteri sehebat Najib sebagaimana kita kehilangan P Ramlee.
Setelah enam tahun Najib ditumbangkan, empat Perdana Menteri silih berganti, namun semuanya jauh panggang dari api. Terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan kehebatan Najib.
Kita masih berpeluang memperbetulkan kesilapan kita. Usah dibiarkan kisah penganiayaan terhadap P Ramlee berulang atau berlaku pada Najib. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
Kepada para pemimpin yang berkepentingan, adakah anda bangga dengan apa yang anda lakukan terhadap Najib? Apakah anda mahu nama-nama anda dihina dan dicaci oleh para generasi kini dan akan datang kerana sikap, perlakuan dan tindakan anda yang tiada nilai kemanusiaan dan kejam terhadap Najib?
Tidakkah anda terfikir bahawa tindakan-tindakan anda membawa kehancuran dan kegagalan pada tanahair?
Kita tidak berminat memetik nama-nama mereka yang memusnahkan karier seniman agung Allahyarham P Ramlee kerana sebahagian daripada mereka sudah tiada lagi, tapi berkaitan dengan usaha-usaha mematikan karier politik Najib, kita dapati wajah-wajah hipokrit pemimpin politik ini masih belum pernah tergambar rasa bersalah.
Mahathir, Mahiaddin, LKS dan anaknya LGE adalah antara watak-watak utama yang bersungguh-sungguh berkonspirasi memusnahkan Najib.
Kini Anwar turut terlibat kerana mahu melihat Najib kekal di penjara. Titah YDPA Agong disanggahnya.
Tidak ketinggalan beberapa pemimpin atasan UMNO kelihatan mengiakan sahaja segala penganiayaan terhadap Najib.
Kepada mereka-mereka ini, MEMBUNUH KAREKTOR NAJIB TIDAK MENJADIKAN ANDA NAJIB! Sebaliknya nama-nama anda bakal tercatit dalam sejarah tanahair sebagai pengkhianat anak bangsa!
RAJA ANNUAR ADNAN
22 Mei 2024
*PERKONGSIAN BERSAMA YG AMAT MENYENTUH HATI BAGI YANG BERUMUR HAMPIR KE 60 TAHUN!*😭
*Assalamualaikum*
Firman Allah swt: *”Bukankah Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat bgi sesiapa yg mahu beringat”* *(Fathir 37)
Dapat difahamkn maksud ayat ini “..Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat..” dari sabda Nabi saw: *”Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yg dipanjangkn ajal sehingga umur 60 tahun”* *(Bukhari)*
Ibn Abbas menafsirkn ayat yg tersebut yg bertepatan dgn hadits ini: *”Umur yg Allah tidak lgi menerima alasan bgi anak Adam dlm firmanNya ini ialah 60 tahun”*
Al-khattabi berkata: *”Maknanya orang yg Allah panjangkn umur sehingga 60 tahun,tidak diterima lagi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 60 tahun merupakan umur yg dekat dgn kematian,umur kembali bertaubat,khusyuk dn bersiap2 bertemu Allah”* *(Tafsir al-Qurthubi)*
Bagaimana manusia berumur 60 tahun masih lalai? Nabi saw mengkhabarkn: *”Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan2″* *(Bukhari)*
Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yg telah mencapai umur 60 tahun Maka nasihat Fudhail kepadanya: *”Bermakna sudah 60 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu,sekarang hampir sampai…Buat yg terbaik dlm umur berbaki,lalu akn diampunkn dosa umur yg lalu Tetapi jika buat tidak elok pada umur yg berbaki,kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yg berbaki sekali gus!”*
Maka para ahli ilmu menasihati bagaimana menjalani umur dah mencecah 60 tahun:
*#Jangan banyak bergurau dan terjebak dlm perkara yg tidak ada manfaat utk akhirat*
*#Jangan melampau dalam wax berhias,bersolek dan berpakaian*
*#Jangan berkawan degan orang yg tidak menambah iman,ilmu dan amal*
*#Jangan banyak berjalan dan melancong kesana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat*
*#Jangan masih runsing,berkeluh kesah dn kesal akan soal hidup seharian*
*#Banyakkan berdoa mengharapkn keridhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su’ul khatimah*
*#Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang*
*#Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya*
*#Siapkan wasiat dan rancang pembahgian harta*
*#Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini*
*#Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yg pernah dizalimi*
*#Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yg boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati*
*#Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*
*#Bereskan segala hutang yg sedia ada dn jgn buat hutang yg baru walaupun utk menolong orang lain*
Semoga bermanfaat utk semua walaupun anda belum lagi 60 tahun dan telah 60an…renung renungkan…termasuk diriku……ini….
